Wednesday, May 27, 2009

you

awak.. walau sebesar mana pun didning tu, kita boleh pecahkan sama2. yg penting awak kene yakin dan pecayakan saya. saya bukan nk cari kawan unutk kongsi masalah. saya nk cari seorang wanita yg sentiasa menyayangi saya dan sanggup berkongsi segalanya dgn saya. saya nk mencari seorang wanita yg mampu menjadi seorang isteri dan seorang ibu kepada anak2 saya. lawak kan ayat tu? tp tu la kenyataan dye. saya tau awak risau org bercakap pasal kita n x nk org pandang buruk kat awak. tp pedulikan semua itu. org xkan berhenti bercakap. kalau awak kata awak xleh terima saya sbb mulut org and byk big obstacles, karut! tp kalau awak ckp awak xleh terima saya sbb saya org susah, saya x da rupa, saya xde harta, saya terima. mmg saya xde semua tu. yg ada hanyalah kasih syg saya shj. tapi saya berjanji, walau apa pun dugaan dan walau macam mana pun keadaan keluarga saya, saya akan berusaha untuk bahagiakan awak. itu pun kalau awak bagi saya peluang.. saya sedar, saya insan hina. tp insan hina ini juga punyai hati dan perasaan..

fullstop! :|

familia.

bagaimana harus aku katakan? beginilah lumrah kehidupan... bukan senang untuk aku ceritakan tapi aku cuba untuk menceritakan keadaanku yg semakin hari semakin merunsingkan. dugaan tuhan.. aku redha dgn segala yg telah tertulis. hari ini, aku nekad. aku menelefon pakcikku selaku boss aku. aku menyatakan hasratku untuk tidak terus bekerja untuknya. memang gaji yg diberikan lumayan. tp aku x mampu nk tggu setiap bulan gaji masuk lambat. nama pun kerja dgn keluarga. org laen boleh je dye bayar, tp tang anak sedara sendiri? haih.. nk mara pun x guna. sbb dye banyak tolong aku. kehidupan aku semakin lama semakin sukar. semakin banyak dugaan yg datang melanda. walaupun aku redha, tp sedikit sebanyak ada bentakan yg teramat sgt dlm hati ni. sedih.. usaha sebaik mana pun pasti ada kesulitan melanda. papa asyik sakit sekarang. berkemungkinan x lama lagi dye nk berhenti kerja sbb kesihatan dye. mama pula suri rumah tangga. eventho aktif dgn wanita UMNO and merupakan jkk kampung, tp gaji pun x banyak jugak. abang... org yg sentiasa berkorban untuk keluarga. nama je kerja dgn petronas. tp dress up macam apa je. sbb dye prefer bagi suma duet kat adik2 n keluarga. walaupun aku slalu gaduh dgn dye, tp aku tetap hormat dan pandang tinggi dye. kakak, kerja je kat prince court, tp bila dapat gaji je x tau dye buat apa. tau2 duet dye habis. i dont blame her, tp kadang2 geram jugak. aku? belajar kat collge, dlu keje part time, now da x keje. duet da start xde balik. haih. adik perempuan aku pon keje. dye baru lepas spm. dye tu kemut. ada duet ckp xde. nk beli shampoo pun minta mama. even duet banyak. xleh nk ckp apa la. cause dye dari kecik da dimanjakan. barang dye org xleh kacau. lagipun dye x lama lagi da nk continue study, so nk guna duet banyak. xpela. and aku still ada 3 org adik kecik yg bersekolah. eventho paling kecik standard 4, tp masih terasa la seksa. sbb masih kecik. perangai pun nakal. bukan nk cerita apa, tp ntahla. skarang ni family aku sentiasa ada problem dgn duet. naek benci pulak. bila senang, slowly, kesenangan tu hilang n diganti dgn masalah. da la dgn masalah family sendiri, pastu ada sorg adik papa ni ada brain damage, dye da x keje. now every week datang rumah minta duet nk bg anak bini dye makan. even kitorg xde duet pon mama still akan bagi sbb x sggup tgk family sendiri susah. aku hormat keputusan mama. sekarang ni aku betol2 rasa susah. susah dr segi duet dan perasaan. semua ada. dlu aku break up dgn ex-gf aku time aku busy study and xde duet sbb x keje. bila da keje, baru senang sket, jadi camni. aih.. geram ni... nk gigit org je rasa. family aku mmg camni. mama kata, family papa ni ada saka. sbb arwah opah dlu suka bela benda2 karut ni. berlambak2 pulak tu. haih... terpaksa la bukak aib org. tp bukan apa. nk jadikan teladan. bela benda2 tu semata2 untuk jadi kuat. tp bila bela benda tu, hidup akan jadi susah. dlu aku kurang percaya. tapi bila aku start belajar pasal agama and benda2 ghaib ni baru aku percaya. seksa dowh. bila da senang, mesti ada banyak benda buruk jadi. aku percaya ini dugaan tuhan. tp aku percaya jugak yg ini merupakan akibat berjanji dgn syaitan. bodoh!bodoh!bodoh! sekarang ni, bila da keadaan aku camni, x berduet, aku rasa sgt2 segan nk berjumpa dgn si dia. sbb family dia bukan org susah cam aku. dye tau dlu aku dgn ex-gf aku, aku byk buat hal and slalu ada problem duet. tp bila aku rapat dgn dye, hidup aku da senang, but now, jadi camni balik. aku x nk nnt satu hari dye kata aku ni manusia yg bermasalah. sebelum ni kalau keluar, pergi mana2 pun aku yg kluar duet. sbb aku gembira bila buat camtu. rasa bertanggungjawab. aku x bg langsung dye bayar apa2. tp skarang ni... hurm... aku tau dye bukan org yg memandang harta. tp aku xnk dye berkawan dgn org susah mcm aku ni. sekejap senang, sekejap susah. sakit mat. haih.. kenapa la tuhan duga aku camni... sedih ni. aku harap, bila aku bangun tido nnt semua kekusutan dlm otak ni akan hilang. aku harap semua ini hanya mimpi...

fullstop! ;((

Monday, May 25, 2009

pandang cermin, cakap sorang2!

kenapa kau termenung?
kenapa kau tersenyum sedangkan kau bersedih?
kenapa kau mencintai sedangkan dia hanya bayangan?
kenapa kau fikirkan mulut jahat mereka?
kenapa kau sakiti dirimu untuk kebahagiaan mereka?
kenapa kau sakiti dirimu untuk senyuman mereka?

sememangnya kau adalah insan yg paling bodoh, bodoh, bodoh!
kau fikirkan mereka, apakah mereka memikirkan engaku?
kau mencintai dia, sedangkan dia hanyalah kawanmu semata2!
kau sakiti dirimu untuk kebahagiaan dan senyuman mereka dan si dia,
sedangkan mereka bergembira, kau menangis...

dunia ini sgt adil bukan? tuhan itu maha adil!
percaya pada qada dan qadar kata mereka. kata mereka. kata mereka.
wahai diri, berhentilah kamu memikirkan tentang mereka..

x mampu mat!

nk buat camne ni? clueless!



fullstop! ;(

Monday, May 18, 2009

.

pergh... sumpah nak nanges! sangat2! eh mat, lu tu jantan la. nanges bwatpe? xde telo ke? padan la muka, da tau impossible ngade nk syg buatpe? hahahaha!

fullstop!

Sunday, May 17, 2009

GUCCI, PRADA, CHANNEL!!!!!!!!!

aku cuba untuk menjadi kuat. tapi aku tetap lemah denganmu. aku jatuh dan hancur sekali lagi. aduh. asyik sedih je mat. bila la nk gembira. tu la mat, org kata jgn dok jatuh hati, xmao dgr. pastu sebok nk jealous! bukan org suka kat kau pon! hahahaha... rasa nk nanges je... nk cerita kat awak x boleh.. sbb nnt kantoi la sy syg awak.. hahaha...

fullstop! ;(

hari ini

heee... awak, harini saya sgt gembira. thanks for the shade. i like it much! sry sbb saya moodie sikit td. huhuhu..

manusia sentiasa berubah. dan aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk berubah dan aku berjaya mengubah diri ini dari seorg yg teruk kepada seorang yg ok la. hee... tp xde la baik sgt. aku bukan malaikat. haha.. aku doakan agar tanggapan buruk mereka terhadapku akan berubah satu hari nnt. thanks ye awak sbb awak berikan sy semangat!

fullstop! ;D

Saturday, May 16, 2009

semua itu hanya ilusi.

date? kan best kalau saya dapat date dgn awak? kan best kalau awak syg saya dan terima saya?
tapi semua itu hanyalah khayalan yg x mungkin menjadi kenyataan. walaupun sedih sgt2, saya bersyukur sbb saya kenal awak.

fullstop! ;(