Thursday, May 14, 2009

memory last forever

sudah lama aku melangkah, namun masih tidak kutemui perhentiannya..
bagaimana harus ku ceritakan? hidup ini terlampau byk liku-likunya...
aku cuba berjalan terus.. namun akhirnya tersimpang juga. tapi, aku bersyukur
kerna akhirnya aku mampu "U-turn" dan terus ke jalan yg lurus itu..


Apa itu cinta? sesuatu yg membuatkan manusia sedih? menderita? menangis?
terjatuh? mati? jiwa kacau? hilang pertimbangan?

"aku cinta kamu"

ayat yg sering kali ku dengari dari bibir-bibir manusia di sekeliling aku.
ayat yg membuatkan manusia itu tersenyum dan gembira. namun ayat itu juga yg mampu menghancurkan manusia sehinggakan mereka lupa pada tuhannya.. tidak dinafikan,
pada suatu ketika dulu, aku juga pernah melafazkan cinta pada seorang gadis..
tapi tuhan itu maha adil.. cinta seorang insan itu hanya untuk tuhannya..
aku kecewa dgn sikap dan tindakan si dia.. meninggalkan ku ketika aku
susah, ketika aku sibuk dgn pelajaran, ketika aku sakit, meninggalkan
aku dgn seribu tanda tanya, luka, kesedihan, dan pergi bersama kekasih baru.

aku sedar kadang-kadang aku terlampau tegas dan garang.. tapi setiap yg berlaku itu,
bersebab.. kalau tidak kerana apa yg kau lakukan dulu, aku pasti masih percaya pada
kau dan tidak akan menjadi sebegitu.. walau apa pun, aku redha dan terima...
kalau aku tidak mengetahui apa yg kau lakukan itu, mungkin smpi sekarang aku masih lagi ditipu.. aku terima apa yg berlaku ini dengan redha.. namun aku hanya mencoretkan di ruangan ini untuk aku mengingati kesakitan ini buat kali terakhir. aku terlampau lemah selama ini.. tp kini aku menjadi lebih tabah dgn kehadiran seorang insan yg sentiasa membuatkan aku tersenyum. insan yg menghilangkan segala penderitaan dan kesedihan yg aku alami walaupun dye sendiri masih bersedih...

kepada kamu yg pernah aku kasihi dan sayangi, terima kasih atas kenangan yg kau berikan..
parut ini akan sentiasa kekal dihati ini..

kepada kau yg memberi senyuman dan kegembiraan padaku, terima kasih kerana sentiasa memberikan senyuman yg sentiasa membuat aku tersenyum.

kepada Mu Tuhan...
terima kasih kerana kau membanyu aku dalam meneruskan kehidupan ini. terima kasih kerana menjadikan aku lebih tabah dan matang. terima kasih kerana kau masih sayang padaku, dan kerna itulah kau menguji aku. dan terima kasih kerana kehadiran si dia yg sentiasa membuatkan aku tersenyum..


fullstop! ;(

No comments:

Post a Comment